Peta Lokasi
Datang ke UKM
Kapal Terbang dan Keretapi
Dari lapangan terbang, sila ambil KLIA Express Rail Link ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Kemudian gunakan perkhidmatan KTM Komuter ke Stesen UKM. setelah tiba anda perlu mengambil teksi untuk sampai ke bangunan yang berkenaan. Cara yang lebih mudah adalah untuk menaiki Limosin di KLIA yang akan membawa anda ke UKM dengan kadar sewaan lebih kurang RM65.
Sekiranyan anda Menaiki Kereta
Kampus Utama UKM terletak lebih kurang 30 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila gunakan lebuh raya PLUS menuju ke selatan Kuala Lumpur dan keluar di persimpangan Bangi.
– Setkan odometer kereta anda kepada 0 setelah anda mengambil tiket Tol di Plaza tol Sg. Besi (dari Kuala Lumpur)
– Keluar di persimpangan Bangi/UKM – Exit 212
– Di bulatan yang pertama anda bergerak terus ke hadapan
– Di bulatan kedua ambil simpang ke kiri ( perhatikan papan tanda untuk ke UKM)
(Pintu Masuk Utama)
Setelah tiba di lampu isyarat, anda akan berada di hadapan pintu utama UKM. Bergerak terus kehadapan (anda akan melihat pos keselamatan)
Di bulatan pertama dalam UKM ambil simpang ke kiri ke Jalan Lingkungan Ilmu, Bangunan Canselori akan berada disebelah kiri anda.