Mendepani kepelbagaian kearah kesejahteraan
Mendepani kepelbagaian kearah kesejahteraan
Kejayaan Malaysia meraikan kepelbagaian adalah satu model yang dikagumi masyarakat sejagat. Tanpa disedari, sistem pendidikan dan nilai masyarakat kita telah menyumbang kearah keharmonian negara. Fakta ini telah dikupas melalui (i) kajian pemupukan nilai oleh keluarga, sekolah, komuniti dan media, (ii)kajian sistem pendidikan dan kesepaduan negara dan (iii)kajian pembinaan inventori kesejahteraan. Cabaran yang sedang didepani ialah memastikan akses samarata kepada pendidikan berkualiti oleh masyarakat yang pelbagai kelompok fizikal, mental, cara hidup, nilai, kemampuan material, dan tempat tinggal.